Juara Parodi: Pak Yus dalam Kenangan

"Eloklah tu orang dah mati nak buat tribute menyanyi bagai, dah macam gereja. Buat la baca yasin ke apa"

Yang pertama, harus diingat bahawa rancangan Juara Parodi adalah RANCANGAN HIBURAN. Jika dalam pemikiran anda telah tersemat rancangan sebegini haram atau lagho, anggap saja apa pun yang dilakukan dalam rancangan ini sama sekali tidak mungkin diterima oleh anda. 

Yang kedua, soal nak mengubah aturcara program adalah hak milik pengarah dan penerbit, apa pun yang berlaku, show will go on kerana ia telah dijadualkan. Cumanya, penerbit merasakan kurang sesuai untuk meneruskan program seperti biasa kerana sensitif dengan kematian yang baru berlaku. Saya pasti jika diteruskan seperti biasa, ada pula mulut busuk yang akan bersuara "eloklah orang baru mati, depa ni buat macam tak ada apa-apa". Sekali lagi saya ulang, fahamilah rancangan ini adalah RANCANGAN HIBURAN dan aturcara program adalah tertakluk kepada keputusan pengarah dan penerbit. Setiap peserta telah dibayar untuk rancangan ini, maka tidak masuk akal jika minggu ini siaran tiba-tiba dibatalkan, jadi penerbit menetapkan satu tema yang tak lari dari format Juara Parodi dan pada masa yang sama menghormati kematian yang baru berlaku. There's always time for everything, kita tak boleh nak buat semua benda dalam satu masa. 

Yang ketiga, "kenapa tak buat baca yasin je?" . Majlis baca yasin untuk Allahyarham Pak Yus telahpun diadakan baru baru ini di Masjid Shah Alam. Anda yang mengkritik ni harapnya ada lah baca yasin di rumah untuk arwah. 

Yang keempat, terserahlah kepada kita untuk mengambil yang baik dari Juara Parodi semalam. Saya secara peribadi terkesan bila Afdlin Shauki berucap, ketika beliau membacakan kata-kata Syeikh Ali Tantawi. Selain itu, kisah hidup dan kebaikan arwah Pak Yus yang diceritakan oleh semua yang di atas pentas benar benar menyentuh hati. Mungkinkah kita akan dikenang kerana amal kebaikan kita setelah kita tiada? 

Yang terakhir, kalau nak dipanjangkan hal ini, bukankah marhaban dan berzanji itu juga nyanyian dan syair yang dituju kepada Rasullulah? "Oh tu lain la sebab dia Nabi" . Jadi adakah itu yang diajar oleh baginda supaya memperingati dengan syair dan lagu? Menyanyi demi memperingati Rasullulah ni tak meniru tribute cara gerejakah? 

Damailah kau di sana Pak Yus, telatah dan bakatmu akan kami rindui di pentas MLM. Kau insan yang istimewa, kau juara yang tak memerlukan piala. Al Fatihah

#tehoaisikattepi #bolehtujulagu #yayatoure #nakkicap #janganisapgam #jingkalewa #kemonla 
0 Responses

Post a Comment

abcs