ADA APA DENGAN General Practitioner?


Apa itu General Practitioner atau mudahnya dipanggil GP. GP adalah doktor yang biasanya berkhidmat dalam setting komuniti. Kalau di Malaysia, doktor yang ada di klinik (sama ada swasta/kerajaan) itu kira GP la. Biasanya mereka merawat sakit-sakit yang minor dan kronik, dan merujuk pesakit ke hospital  untuk khidmat pakar/susulan. Mereka biasanya lebih all-rounder dan tidak berpengkhususan dalam mana-mana sub-kepakaran lain. Ramai yang berpendapat bahawa General Practice juga sebenarnya adalah suatu kepakaran.

Apa peranan GP (cerita aku di Australia)?

Peranan GP menurut Royal Australian College of General Practitioner.

·Is most likely the first point of contact in matters of personal health

Pesakit hanya terus ke hospital sekiranya dalam keadaaan kecemasan sahaja, ini dapat memberikan tenaga kerja di hospital memberi tumpuan kepada pesakit yang lebih memerlukan seterusnya mengurangkan bebanan kerja di hospital.



·Coordinates the care of patients and refers patients to other specialists

Selain itu, seorang GP biasanya menyelaras khidmat perubatan lain yang diperlukan rujukan kepada pakar (referral), physiotherapy, preskripsi untuk farmasi (doktor tidak dibenarkan menjual ubat di sini), psikologis dan pelbagai khidmat kesihatan yang lain.

·Cares for patients in a whole of person approach and in the context of their work, family and community

Dari pengalaman aku sepanjang 2 semester bersama pelbagai klinik dan doktor, pesakit bukan sahaja boleh bercerita mengenai hal sakit fizikal, tetapi mengenai apa jua masalah seperti tekanan tempat kerja, masalah keluarga bahkan masalah hal suami isteri (sexuality counselling diajar semester lalu, sungguhlah mencabar).  Oleh itu, GP bukan sahaja perlu mantap dalam ilmu perubatan, tetapi harus memiliki pengetahuan am yang luas untuk memahami keadaan pesakit yang berbeza-beza.


·Cares for patients of all ages, both sexes, children and adults across all disease categories
·Cares for patients over a period of their lifetime

Di kebanyakan negara maju, setiap orang mempunyai seorang doktor yang biasa merawat mereka dan biasanya memainkan peranan penting untuk menyelaras penjagaan kesihatan pesakit. Biasanya doktor ini lebih mengenali pesakit secara keseluruhannya, mereka inilah yang memberikan pandangan dan rawatan baik dari sekecil benda. Bagi aku secara peribadi, amatlah berguna dan penting jika tahap kesihatan pesakit dapat dipantau secara berterusan supaya langkah pencegahan umum dapat diambil bagi mengurangkan risiko penyakit bolehubah.  


·Provides advice and education on health care

Salah satu tugas profesion kedoktoran yang sangat penting adalah memberi penerangan kepada pesakit mengenai kesihatan mereka. Perlu diingat bahawa doktor tidak mempunyai hak untuk menentukan keputusan yang harus diambil oleh pesakit, sebaliknya perlu memberi pilihan & cadangan, memberi pendapat jika diminta dan menerangkan segala pilihan yang ada termasuk faedah dan risiko. Pada akhirnya, pesakit itu sendiri yang harus membuat keputusan yang tepat. Alhamdulilah, aku ditempatkan dengan seorang doktor yang sangat cakna dan tidak pernah gagal untuk memberi penerangan yang mudah difahami kepada pesakit.


· Performs legal processes such as certification of documents or provision of reports in relation to motor transport or work accidents


Terlalu banyak kertas kerja dan borang yang biasanya diisi. Baik pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen (umur 60 ke atas), sahkan sijil kematian, borang insurans dan pelbagai lagi.



Kenapa di Malaysia aku tak pernah tahu semua ni?

Salah satu sebabnya mungkin kerana kos. Klinik swasta biasanya mengenakan kadar yang jauh lebih mahal dari klinik kesihatan kerajaan. Namun, biasanya majikan terutamanya syarikat besar menyediakan khidmat klinik panel untuk pekerja, kos pula ditanggung oleh syarikat insurans yang dilantik. Jika tidak, pesakit biasanya membiayai kos klinik GP ini dengan wang sendiri. Di Australia, system insurans awam yang dipanggil Medicare menanggung kos rawatan dan ini lebih memberi setiap rakyat kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan doktor berdasarkan pilihan sendiri. Sistem kesihatan Malaysia secara dasarnya masih berteraskan subsidi, ini adalah kaedah yang praktikal dan realistic dengan scenario negara kita. Namun begitu, dalam jangkamasa panjang, kerajaan bakal menanggung kos pembiayaan sector kesihatan yang meningkat dengan pertambahan populasi.

‘Are you going to specialize in anything or just being a GP?”


Soalan yang sering ditanya oleh pesakit kepada aku sementara menunggu doktor menaip nota. Secara jujurnya, aku belum mahu membuat apa-apa andaian atau keputusan. Apa yang boleh aku katakan, aku mempunyai minat dalam bidang psikiatrik dan kesihatan mental. Pada aku, apa yang menarik perhatian aku mengenai bidang general practice adalah keseimbangan antara kerja dan kehidupan, waktu kerja yang fleksibel dan tidak terlalu menekan, di samping sifat aku sendiri yang kurang gemar pada rutin yang sama setiap masa. Seorang GP juga boleh mendaftar program latihan diploma pasca siswazah untuk kepakaran tertentu misalnya Diploma in Obstetric & Gynaecology,Graduate Diploma of Mental Health untuk melengkapkan diri mereka dalam bidang yang diminati. 

In medicine,learning is a never-ending process. 
abcs