Creative & critical thinking.

Do we want our youth at school to think creatively and critically?. Too easy, with a few prerequisites.
1) Let them think in the first place no matter how controversial or silly their thoughts sound to you.
2)Don't limit what they can or cannot think.
3) Encourage them to speak their minds.
4)"No idea is a stupid idea."
5) Punish those who ridicule and mock others by assigning them to lead the discourse.
6) Start with simple concept.
7) Tell them it's not a shame to not know everything and to admit if they are not sure.
8) Guide and moderate, not command and dominate.
And the list goes on
P/S: I am a product of spoonfeed education.

Kena Azan dengan Mubaligh.

Aku pasti sepanjang berada di rantau orang, ramai yang dah berpengalaman disapa mubaligh agama lain. Kadang-kadang bila  musim cuti sampai 5-6 gereja satu hari datang ketuk pintu. Jarang aku lari, sebab kan sunnah Nabi memuliakan tetamu (cewahhh).Tapi aku perasan depa ni akan mula dengan topik topik trivial, pasal kerja, minat dan sebagainya. Mungkin kita boleh skeptik ada udang di sebalik batu,dan memang kita sudah jangka pun niat sebenar mereka ketuk pintu rumah kita, tapi sebelum depa buka mulut aku tanya dulu "If I listen to you for 10 minutes, will you spend 10 minutes back to what I have to say?". Kalau ya, baru mereka dibenarkan bersyarah.

Ada beberapa benda yang aku belajar dari mereka ni:

1) Agama adalah kebajikan dan khidmat.

Pernah seorang kenalan di sini mendapat kunjungan dari seorang mubaligh yang membawa sarat barang dapur setelah mereka tahu abang ni dan keluarganya baru sampai di sini. Mungkin pada kita itu rasuah, gelap mata dengan harta benda, tapi bukankah Ustaz kat masjid selalu baca ayat jaga kebajikan satu sama lain. Kalau Baitulmal dan Pusat zakat kita yang tersangkut-sangkut, jangan salahkan orang lain yang lebih pantas datang membantu.

2) Nak cerita perbezaan mulakan dengan persamaan.

Sebelum kita bercakap soal perbezaan,mengapa tidak mulakan dengan topik yang kita ada persamaan. Persamaan paling nyata, adalah kita manusia, dan kita punyai nilai kemanusiaan yang sejagat. Kan agama ni dicipta dengan manusia, maka amalan yang tak selari dalam menjaga fitrah manusia ada sedikit kejanggalan di situ.



Dari mereka ini jugalah aku lebih bertambah pengetahuan, baru aku tahu rupanya Kristian mazhab Seventh Day Adventist tak makan daging khinzir. Kawan kawan aku di sini pun kebanyakan budak-budak usrah gereja, aku senang berkawan dengan mereka. Satunya sebab mereka biasanya tak minum, tak ajak aku pergi kelab dan bila jemput aku datang event, mesti ada sediakan option vegetarian.

Masa di Sabah dahulu (kem PLKN), aku pernah meminta izin dari Ustaz bertugas untuk ikut kawan-kawan yang ke gereja di luar pada hari Ahad, ikut bukan untuk menganut, tapi sekadar ingin tahu. Sebab dari kecil sampai habis sekolah menengah, aku hanya berlegar di sekitar kelompok melayu muslim, sedangkan aku tahu di sekeliling aku, ada banyak perkara yang aku tak tahu kerana aku dilarang untuk tahu.

"Azim, saya rasa tak perlulah kot, nanti jadi kontroversi". bantah Ustaz secara berlapik.

 "kalau ustaz takut jadi kontroversi, apa kata ustaz ikut sekali, takkan dengan ustaz pun orang akan kata goyang akidah?"

Akhir sekali, aku bersyukur ada golongan tabligh yang menjadi frontline dalam ziarah rumah ke rumah ni. Memanglah bila depa buka mulut tu pedih je telinga, tapi kan nak cuci kotoran degil kena guna peluntur yang pekat.

P/S: Rindu Sabah. negeri yang betul ada semangat 1 Malaysia.

ADA APA DENGAN General Practitioner?


Apa itu General Practitioner atau mudahnya dipanggil GP. GP adalah doktor yang biasanya berkhidmat dalam setting komuniti. Kalau di Malaysia, doktor yang ada di klinik (sama ada swasta/kerajaan) itu kira GP la. Biasanya mereka merawat sakit-sakit yang minor dan kronik, dan merujuk pesakit ke hospital  untuk khidmat pakar/susulan. Mereka biasanya lebih all-rounder dan tidak berpengkhususan dalam mana-mana sub-kepakaran lain. Ramai yang berpendapat bahawa General Practice juga sebenarnya adalah suatu kepakaran.

Apa peranan GP (cerita aku di Australia)?

Peranan GP menurut Royal Australian College of General Practitioner.

·Is most likely the first point of contact in matters of personal health

Pesakit hanya terus ke hospital sekiranya dalam keadaaan kecemasan sahaja, ini dapat memberikan tenaga kerja di hospital memberi tumpuan kepada pesakit yang lebih memerlukan seterusnya mengurangkan bebanan kerja di hospital.



·Coordinates the care of patients and refers patients to other specialists

Selain itu, seorang GP biasanya menyelaras khidmat perubatan lain yang diperlukan rujukan kepada pakar (referral), physiotherapy, preskripsi untuk farmasi (doktor tidak dibenarkan menjual ubat di sini), psikologis dan pelbagai khidmat kesihatan yang lain.

·Cares for patients in a whole of person approach and in the context of their work, family and community

Dari pengalaman aku sepanjang 2 semester bersama pelbagai klinik dan doktor, pesakit bukan sahaja boleh bercerita mengenai hal sakit fizikal, tetapi mengenai apa jua masalah seperti tekanan tempat kerja, masalah keluarga bahkan masalah hal suami isteri (sexuality counselling diajar semester lalu, sungguhlah mencabar).  Oleh itu, GP bukan sahaja perlu mantap dalam ilmu perubatan, tetapi harus memiliki pengetahuan am yang luas untuk memahami keadaan pesakit yang berbeza-beza.


·Cares for patients of all ages, both sexes, children and adults across all disease categories
·Cares for patients over a period of their lifetime

Di kebanyakan negara maju, setiap orang mempunyai seorang doktor yang biasa merawat mereka dan biasanya memainkan peranan penting untuk menyelaras penjagaan kesihatan pesakit. Biasanya doktor ini lebih mengenali pesakit secara keseluruhannya, mereka inilah yang memberikan pandangan dan rawatan baik dari sekecil benda. Bagi aku secara peribadi, amatlah berguna dan penting jika tahap kesihatan pesakit dapat dipantau secara berterusan supaya langkah pencegahan umum dapat diambil bagi mengurangkan risiko penyakit bolehubah.  


·Provides advice and education on health care

Salah satu tugas profesion kedoktoran yang sangat penting adalah memberi penerangan kepada pesakit mengenai kesihatan mereka. Perlu diingat bahawa doktor tidak mempunyai hak untuk menentukan keputusan yang harus diambil oleh pesakit, sebaliknya perlu memberi pilihan & cadangan, memberi pendapat jika diminta dan menerangkan segala pilihan yang ada termasuk faedah dan risiko. Pada akhirnya, pesakit itu sendiri yang harus membuat keputusan yang tepat. Alhamdulilah, aku ditempatkan dengan seorang doktor yang sangat cakna dan tidak pernah gagal untuk memberi penerangan yang mudah difahami kepada pesakit.


· Performs legal processes such as certification of documents or provision of reports in relation to motor transport or work accidents


Terlalu banyak kertas kerja dan borang yang biasanya diisi. Baik pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen (umur 60 ke atas), sahkan sijil kematian, borang insurans dan pelbagai lagi.



Kenapa di Malaysia aku tak pernah tahu semua ni?

Salah satu sebabnya mungkin kerana kos. Klinik swasta biasanya mengenakan kadar yang jauh lebih mahal dari klinik kesihatan kerajaan. Namun, biasanya majikan terutamanya syarikat besar menyediakan khidmat klinik panel untuk pekerja, kos pula ditanggung oleh syarikat insurans yang dilantik. Jika tidak, pesakit biasanya membiayai kos klinik GP ini dengan wang sendiri. Di Australia, system insurans awam yang dipanggil Medicare menanggung kos rawatan dan ini lebih memberi setiap rakyat kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan doktor berdasarkan pilihan sendiri. Sistem kesihatan Malaysia secara dasarnya masih berteraskan subsidi, ini adalah kaedah yang praktikal dan realistic dengan scenario negara kita. Namun begitu, dalam jangkamasa panjang, kerajaan bakal menanggung kos pembiayaan sector kesihatan yang meningkat dengan pertambahan populasi.

‘Are you going to specialize in anything or just being a GP?”


Soalan yang sering ditanya oleh pesakit kepada aku sementara menunggu doktor menaip nota. Secara jujurnya, aku belum mahu membuat apa-apa andaian atau keputusan. Apa yang boleh aku katakan, aku mempunyai minat dalam bidang psikiatrik dan kesihatan mental. Pada aku, apa yang menarik perhatian aku mengenai bidang general practice adalah keseimbangan antara kerja dan kehidupan, waktu kerja yang fleksibel dan tidak terlalu menekan, di samping sifat aku sendiri yang kurang gemar pada rutin yang sama setiap masa. Seorang GP juga boleh mendaftar program latihan diploma pasca siswazah untuk kepakaran tertentu misalnya Diploma in Obstetric & Gynaecology,Graduate Diploma of Mental Health untuk melengkapkan diri mereka dalam bidang yang diminati. 

In medicine,learning is a never-ending process. 

Musim pun berubah


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Tentang Hudud

Premis 1: Saya sokong 100% hukum hudud dijalankan di samping perundangan yang sedia ada.
Premis 2: Dalam Islam apa-apa sahaja sistem perundangan yang dijalankan baik perdagangan, jenayah, pentadbiran wajib berteraskan keadilan kerana keadilan adalah nilai sejagat yang boleh diterima majoriti manusia tak kira bangsa dan agama.
Premis 3: Hadis riwayat Aisyah ra.:
Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Sunan Ibnu Majah, bab 23 Hadith no: 2547)
Premis 4: Di Malaysia terdapat golongan kelas atasan yang tidak boleh dibicarakan dengan undang-undang yang digunapakai majoriti.
Premis 5: Lu pikirlah sendiri adil ke tak adil?
P/S: Pendapat ini saya pinjam dari Dr MAZA.

The Power of Commitment

Salam everyone, apa habaq geng kita?

This entry is meant to be written 2 years back but somehow things just don't work for me  :)

So this talk was delivered by Mr Tony Mowbray. 

Who is he? In a simpler word, he is the Datuk Azhar Mansur of Australia. 


Take home message from his talk:

5 Steps to Achieve Your Goals

1) DREAM

Visualize your objective. Clearly put in your mind what exactly do you want.

Maksud dia di sini, kita perlu jelas dengan apa yang kita nak. Makin jelas kita boleh gambarkan, itu boleh membantu untuk meransang motivasi kita. 

2)THINK

Break big challenges to smaller challenges.

Impian yang besar biasanya punyai perjalananan yang jauh, jadi majulah selangkah demi selangkah, bak kata orang kita sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Minimize the risk.

Pilihlah cara yang paling kurang berisiko untuk mencapai cita-cita kita. 

Targets:

- Be flexible and prepare to change it
-Refocus after you changed your target.

Kadang-kadang nak capai tujuan kita tu tak mudah. Sepanjang perjalanan pasti ada halangan. Jadi kita perlu bersedia untuk merubah haluan sementara. 

Contohnya, dalam perancangan kita bila mula pengajian tahun 2012 akan habis 2016, tiba-tiba tahun 2015 kita sakit umpamanya jadi pengajian tak dapat ditamatkan pada tahun 2016,walhal di dalam pemikiran kita sudah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pula dalam tahun 2017. Bila kita dah tahu kita tak dapat tamatkan pengajian tahun 2016, kita perlu merancang semula dan terus fokus pada perancangan baru tu. 

Mentaliti seorang muslim, dia bersedia menerima apa sahaja yang bakal mendatang. Itulah yang kita namakan tawakal. Kalau berjaya kita terus mara, kalau tidak kita cuba lagi dengan lain cara. 

"This thing in here (brain) can be your biggest assets or your biggest enemy"

3)TALK

"When you are 100% committed, isn't it amazing how people around you will help?"

Kongsikan impian anda dengan orang di sekeliling anda. Berceritalah kepada mereka, maka anda akan bertambah semangat untuk membuktikan kata-kata anda itu bukanlah sekadar kata-kata. Tulislah di blog, twitter atau facebook dan sebagainya. Secara tak langsung, anda 'terpaksa' memotivasikan diri anda untuk terus bergerak ke arah matlamat anda. 

"By broading my horizon, I'm also broading the people around me"

4) COMMIT


5) ACT

Inilah langkah yang paling akhir dan penting untuk melakar kejayaan anda. 

Epilog di atas Prolog

Dengan nama Tuhan Sang Pencipta Cinta,
Ingin ku awali cerita Sang Pria Malaya,
Dengan pengakhiran ceritera sebuah sesal & lara,
Dan mungkin ini bukan kali terakhir ku seru namanya.

Terdahulu Sang Pria hanya lelaki biasa,
Mengidamkan kejayaan dalam kehidupan, 
Hatinya mendambakan cinta sejati seorang perawan,
Namun tak pernah ditemui biar secebispun di jalanan
Kata pujangga, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan,

Sang Pria mengenalnya sedari awal umur meningkat,
Suka dan sayang keanak-anakan tak pernah bercambah,
Dari ibukota, Sang Pria merantau pulang ke halaman Jelapang Padi,
Kau ambil nenda tercinta lalu Kau gantikan sebuah jalan bahagia,
Ladang tebu dan bukit kapur Indera Kayangan aku bermukim,
Hingga tercampak ke tanah ladang Labohan Dagang beberapa musim,
Demi sebuah kepastian & kejayaan dalam kehidupan,

Sepantas waktu berlalu, Sang Pria tak pernah lupa,
Warkah digital wadah berutus salam, khabar dan doa,
Kerna ada sesuatu pada dirinya yang istimewa,
Biar beribu batu tak sedikit pun sang Pria lupa,
Lama kelamaan sang Pria mulai jatuh hati, 
Kasih itu berbalas sama dirasa sang Puteri,
Bermulalah saat kasih berpaut janji bersemi,
Pria dan Puteri sama melakar impian dan destinasi

2010 bermulanya babak dalam badai tak reda,
Sang Pria gigih menyusun tangga ke angkasa,
Hadir sang Puteri mendokong teguh belikat,
Menambah azimat doa ayah ibu yang berkat,

Sang Pria tak pernah lupa,
Kata pembakar di kala obor perjuangan menyirna,
Beberapa nota ringgit pinjaman dikala terpaksa,
Di Tasik Pemaisuri nan luas tempat bersua,
Terpahat memori indah berwarna suka dan duka,

Masa berlalu berganti kiraan Masihi,
Tibalah masa sang Pria harus pergi,
Demi mencari kebanggaan untuk nusa,
Biar separuh hatinya tertinggal di Malaya,

Hiba,
Saat perpisahan yang sudah diduga,
Pernah suatu masa Puteri dan Pria berbicara,
" Mungkinkah kita akan terputus di tengah jalan, 
mungkinkah kita kan terlerai tanpa ikatan?"
Pria mengerti maksud sang Puteri,
Masa dan jarak akan benar menduga kekuatan hati,
Namun langkah harus diorak azam harus dipasak,
Ini masa depanku, ini jalanku yang penuh onak,

Di bumi Kangaroo Pria berkelana, 
Menuntut ilmu kelak menjadi orang berguna,
Sering saja dua hati ini teruji,
Salah sangka berselang dilema tak pernah henti,
Dua dunia yang berbeza waktu dan acara,
Dikala Puteri masih jaga Pria sudah lama terlena, 
Dikala Pria membuka mata langit masih kelam di Malaya,

Hingga tiba suatu masa racun dan bisa cemburu buta,
Memanah tepat menular ke dalam dada, 
Tiada lagi madah perdamaian yang dapat dikata,
Semuanya berinti emosi dan prasangka, 
Sang Pria gundah lelah dan kian lemah, 
Neurologi,Psikiatri, dan Endokrinologi tak beransur mudah

Dua kosong satu empat Pria jatuh ke bumi,
Sang Puteri mengundur diri,
Enam purnama sang Pria diketepi dari universiti,
Hidup ketika itu antara nyata dan mimpi,

Sang Pria hilang dalam kekalutan,
Terasa sunyi dan hiba hidup dalam buangan,
Tiap hari dihabiskan untuk mencari sebuah erti,
Mengapa pada aku semua ini terjadi?

Masa berselang hari-hari pahit dilewati,
Pria mengharap kepulangan Puteri,
Hatinya benar-benar tidak mampu mengerti,
Apakah sayang dan kasih sudah semuanya berganti benci,
Hatinya rindu teramat pada sang Puteri,
Hingga terbisik apakah mungkin dapat diganti,

Sang Pria hilang dalam kekeliruan,
Sang Puteri seolah telah jauh kehadapan,
Benarkah bermusim berkasih sudah tidak terkesan, 
Benarkah hati Puteri tak mampu lagi Pria pulihkan,

Jeda masa terbiar dalam sunyi,
Pria mulai yakin dia tak lagi memiliki Puteri,
Maka dengan khilaf bersulam amarah,
Pria mulai melangkah berubah arah,

Angin lalu membawa khabar sengketa,
Sang Puteri bertambah yakin selingkuh agenda sang Pria,
Hadir seorang jejaka menambah jarak dua hati yang jauh,
Berlalulah Puteri sepenuhnya tanpa sedikitpun kasih berlabuh,


Musim dingin berganti bunga, 
Amarah pria bertambah reda,
Sedar dan waras kembali semula,
Dalam sendu Pria berbicara:

"Puteriku,
Ku sedari hatimu telah renyuk oleh perbuatanku. Ku akui kekhilafan dan kesilapan yang telah aku lakukan. Jujur ku nyatakan, melepasmu pergi adalah sebuah perbuatan yang tak dapat aku lakukan. Begitu dalam kasih yang kau tanamkan di hati ini, meski ada masanya ia layu dan kemarau, namun mati tidak sekali. 

Puteriku, 
Tika bersamamu, aku yang kerdil bertambah gagah di kala musibah.Tika bersamamu, seolah kakiku mampu meredah tujuh benua tanpa lelah.Tiap tangis dan tawamu buatku adalah sebuah irama yang indah.

Puteriku,
Di sudut hati ini ada suatu ruang buatmu yang tak bisa disentuh sesiapa. Apakah pantas aku mengharapkanmu kembali setelah hatimu kucalari?.Separuh hatiku mahu membina impian kita kembali, namun separuh lagi mencaci maki andainya airmatamu ku alirkan kembali. 

Demi Tuhan Pencipta Cinta, aku bermohon agar dirimu bahagia biarpun aku tak bersama. 
Demi Dia Pencipta Manusia, aku bermohon agar hatiku redha menanggung kekesalan ini,
Kerana ceritera ini aku tidak lagi berani untuk mencintai buat kedua kali,
Kerana ceritera ini sebuah kekesalan dan kekhilafan akan ku heret sehingga mati."


Tamat 





abcs