Kawan Lama. Mujibur Mari

Sedang aku menonong nak jumpa kawan,lalu depan SOGO, tiba tiba terdengar orang laung, suara macam familiar. " Hero, awak tak kenal sama saya ka?"
Laaa, Kecik rupanya, warga asing yang aku kenal sewaktu bekerja di Nandos 4 tahun lepas,dia kerja di kopitiam sebelah. Depa ni 3 stooges, lagi dua nama Hasan & Saadon. Kecik kata Saadon dah kerja tempat lain, Hasan dah balik Bangladesh kahwin (dah kaya la kot agaknya).
Nak cerita dengan korang, depa ni kerja tak payah cakap la, lepas subuh sampai mall tutup, aku pun tak rasa aku boleh kerja kuat mcm tu. Adat dunia hari ini, di mana ada gula di situ ada semut. Mereka manusia biasa seperti kita, membanting tulang mencari rezeki untuk diri sendiri dan orang tersayang. Tak usah kita merasa tinggi diri dan angkuh atas nikmat yang Tuhan beri, hari ini kita diberi negara yang makmur untuk didiami, esok lusa belum tahu lagi.
Di sisi Tuhan, bukanlah passport atau kewarganegaraan mana yang kita miliki menjadi penentu syurga atau neraka,tetapi perbuatan kita selama di atas muka bumi ni. Jadi apalah salahnya kita hormat-menghormati atas nama manusia. Bukankah kita selalu menggelar diri sendiri bangsa timur yang beradab sopan?.
Memang betul, ada warga asing yang menyamun, kacau anak dara orang, kurang ajar dan biadap. Tapi jangan lupa orang kita pun bukan malaikat semuanya, tak kurang ada juga yang berperangai demikian. Yang kita benci adalah perlakuan yang buruk tidak kira siapa sekalipun yang melakukannya. Prinsip kita mudah,kita semua yang mendiami tanah air ini terikat dengan undang-undang yang sama. Itulah yang aku pelajari selama bertahun di bumi Australia, sesiapa sahaja bebas tinggal, bebas berjalan, bebas bekerja di situ asalkan patuh pada undang-undang setempat. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
P/S: Awak mau kepal sema seya ka? Seya promis itu kasiyih sayiang seya kasi

Transportasi

Sudah tiba masanya kerajaan pusat, negeri mahupun tempatan memberi tumpuan yang lebih serius kepada pembangunan pengangkutan awam.
Terlalu pahit untuk ditelan bila aku mulai menyedari ramai pesakit yang menghidap penyakit kronik tidak dapat mengunjungi hospital atau klinik untuk rawatan, atas alasan yang sama, “makcik takdak kenderaan, tambang teksi pun dah memakan RM20 untuk dua hala”. Kalau ada pun ke hospital, sama ada dengan ambulans tika sakit sudah mengancam, atau menumpang belas ihsan, jiran dan sanak saudara.
Bangunkanlah pengangkutan awam supaya tiada lagi alasan “saya tiada kenderaan untuk ke klinik mendapatkan rawatan”, tiada lagi alasan “saya tak bekerja sebab motor tak ada”, tiada lagi alasan “biarpun sesak saya tetap naik kereta sebab public transport kita masih teruk”.
Hentikanlah pemberian BR1M yang membabi buta, binakan prasarana yang membantu rakyat serata-rata.
Paling penting, ingatlah di minda dan fikiran wahai para Khalifahku,
Rakyat Malaysia bukan semuanya tinggal di Lembah Klang, janganlah lupa pada empat perlima rakyat yang masih menanti bila agaknya kawasan mereka akan merasa menaiki bas yang teratur masanya, yang boleh membawa mereka ke mana-mana tanpa perlu bergantung pada sesiapa.

"Rakyat Malaysia Xenofobia?"


Tarikh: 9 November 2015
Masa: Sekitar 0840
Lokasi: Kedai Roti Jala tak bernama (sebelah Man Roti Jala) Stadium Darul Aman
Sedang aku dan maksu enak menyuap roti jala ke mulut, kedengaran pakcik roti jala meninggikan suara kepada dua orang pelanggan lelaki. Dari rupa luaran berkulit gelap berjambang, mereka tak kelihatan seperti orang tempatan, dan masih terpinga-pinga untuk memesan makanan.
“Payah depa ni, cakap melayu tak boleh, cakap English tak boleh, cakap Thai pun tidak. HOW MANY? ONE? TWO?” herdik si tukang roti.
Muncul seorang wanita berbangsa India berusia lingkungan empat puluhan di situ yang kebetulan ingin memesan makanan.
“Ni auntie, you tolong habaq sat kat you punya company ni dia nak makan apa, depa boleh cakap india kot” kata tukang masak itu lagi, deras menarik perhatian semua.
Lelaki berdua itu tadi pun akhirnya memesan dua roti canai dan dua cawan milo dengan Bahasa Inggeris yang terhad. Aku dan maksu saling memandang pakcik tukang roti yang berkopiah itu dengan penuh bengang, dua lelaki asing itu duduk di meja di belakang kami.
Aku mencuri dengar perbualan mereka, dari pengamatanku lenggok bahasa yang dipertuturkan mereka kedengaran seperti bahasa Arab.
Aku pun memberanikan diri bertanya “Where are you from brother?”.
Mereka membalas dengan reaksi muka yang membingung.
“Which country brother?” tanyaku lagi.
“Ohhh, Saudi Arabia” kata salah seorang lelaki yang berjambang itu.
“I see, tafadhal ya akhi” balasku, tahulah sikit sikit dari pengalaman bercampur dengan pelajar Arab di Newcastle.
Aku lalu berpaling kepada pakcik tukang roti berkopiah itu tadi melaung “ Ni pakcik, depa ni cakap Arab pakcik, depa bukan India”. Pakcik itu membalas sesuatu sambil berpaling ke arah lain, aku tak dengar butir perkataannya.
Kami pun berlalu dari kedai itu dalam keadaan marah bercampur terkejut. Beginikah tatasusila orang kita?. Adakah patut dilayan dengan sebegitu hina seolah mereka mengemis makanan percuma? Kalaulah seorang lelaki berkulit putih yang menjadi pelanggan tadi, adakah reaksi pakcik itu sama?.
P/S: Pengajarannya? Anda fikirkan sendiri, bayangkan andai anda diherdik di Saudi kerana tak fasih berbahasa Arab sewaktu menunaikan umrah/haji. Melayu itu Islam?. Entah, aku tak tahu, aku cuma berharap aku tak perlu melihat peristiwa sebegini di negara sendiri lagi.

Of the vape and cigarettes

I do not condone nor promote the rising e-cigarette trend in Malaysia. I respect and value Ministry of Health aspiration to actualize a healthy nation, free from any substance dependence. However, I really can’t help myself to have some doubt with their eagerness to confiscate vape flavours containing nicotine. We know from years of research that cigarettes has way more profound evidence against it and we can certainly assume it is worth banning first. Realistically speaking, we will never be able to ban tobacco products because it has existed and used for ages. What can be done is aggressive and consistent efforts in educating the public against smoking. Australia for example, has proved to the world they are able to effectively reduce the smoking prevalence of smokers >18 years from 25% in 1991 to 13.3% in 2013 through persistent campaign and education.
My point here is, if the Ministry concerns so much on substance dependency, why not be overzealous with the war against drugs;meth, cannabis, heroin and the list goes on. We know and we have seen how this filthy substance is enslaving our people, to the extent where they no longer hesitate to kill their family and harm anyone around to fulfill their addiction cycle. From my personal encounter over the last 6 weeks of placement, I can roughly say 3 out 7 youths seen in the psychiatric clinic has co-morbid substance misuse. For God sake, I do not know how this illicit drugs manage to infiltrate our borders although we have set mandatory death penalty for drug traffickers. More salt to the wound, substance misuse is undoubtedly a conundrum for medical team in delivering effective treatments to psychiatric patients.
Bottom line: We have many enemies, prioritize. Let’s focus on combating the deadliest enemy first without disregarding newer dependence culture. This is our country, it is our responsibility. ‪#‎HES‬ ‪#‎HSB‬ ‪#‎Holiday‬

Creative & critical thinking.

Do we want our youth at school to think creatively and critically?. Too easy, with a few prerequisites.
1) Let them think in the first place no matter how controversial or silly their thoughts sound to you.
2)Don't limit what they can or cannot think.
3) Encourage them to speak their minds.
4)"No idea is a stupid idea."
5) Punish those who ridicule and mock others by assigning them to lead the discourse.
6) Start with simple concept.
7) Tell them it's not a shame to not know everything and to admit if they are not sure.
8) Guide and moderate, not command and dominate.
And the list goes on
P/S: I am a product of spoonfeed education.

Kena Azan dengan Mubaligh.

Aku pasti sepanjang berada di rantau orang, ramai yang dah berpengalaman disapa mubaligh agama lain. Kadang-kadang bila  musim cuti sampai 5-6 gereja satu hari datang ketuk pintu. Jarang aku lari, sebab kan sunnah Nabi memuliakan tetamu (cewahhh).Tapi aku perasan depa ni akan mula dengan topik topik trivial, pasal kerja, minat dan sebagainya. Mungkin kita boleh skeptik ada udang di sebalik batu,dan memang kita sudah jangka pun niat sebenar mereka ketuk pintu rumah kita, tapi sebelum depa buka mulut aku tanya dulu "If I listen to you for 10 minutes, will you spend 10 minutes back to what I have to say?". Kalau ya, baru mereka dibenarkan bersyarah.

Ada beberapa benda yang aku belajar dari mereka ni:

1) Agama adalah kebajikan dan khidmat.

Pernah seorang kenalan di sini mendapat kunjungan dari seorang mubaligh yang membawa sarat barang dapur setelah mereka tahu abang ni dan keluarganya baru sampai di sini. Mungkin pada kita itu rasuah, gelap mata dengan harta benda, tapi bukankah Ustaz kat masjid selalu baca ayat jaga kebajikan satu sama lain. Kalau Baitulmal dan Pusat zakat kita yang tersangkut-sangkut, jangan salahkan orang lain yang lebih pantas datang membantu.

2) Nak cerita perbezaan mulakan dengan persamaan.

Sebelum kita bercakap soal perbezaan,mengapa tidak mulakan dengan topik yang kita ada persamaan. Persamaan paling nyata, adalah kita manusia, dan kita punyai nilai kemanusiaan yang sejagat. Kan agama ni dicipta dengan manusia, maka amalan yang tak selari dalam menjaga fitrah manusia ada sedikit kejanggalan di situ.



Dari mereka ini jugalah aku lebih bertambah pengetahuan, baru aku tahu rupanya Kristian mazhab Seventh Day Adventist tak makan daging khinzir. Kawan kawan aku di sini pun kebanyakan budak-budak usrah gereja, aku senang berkawan dengan mereka. Satunya sebab mereka biasanya tak minum, tak ajak aku pergi kelab dan bila jemput aku datang event, mesti ada sediakan option vegetarian.

Masa di Sabah dahulu (kem PLKN), aku pernah meminta izin dari Ustaz bertugas untuk ikut kawan-kawan yang ke gereja di luar pada hari Ahad, ikut bukan untuk menganut, tapi sekadar ingin tahu. Sebab dari kecil sampai habis sekolah menengah, aku hanya berlegar di sekitar kelompok melayu muslim, sedangkan aku tahu di sekeliling aku, ada banyak perkara yang aku tak tahu kerana aku dilarang untuk tahu.

"Azim, saya rasa tak perlulah kot, nanti jadi kontroversi". bantah Ustaz secara berlapik.

 "kalau ustaz takut jadi kontroversi, apa kata ustaz ikut sekali, takkan dengan ustaz pun orang akan kata goyang akidah?"

Akhir sekali, aku bersyukur ada golongan tabligh yang menjadi frontline dalam ziarah rumah ke rumah ni. Memanglah bila depa buka mulut tu pedih je telinga, tapi kan nak cuci kotoran degil kena guna peluntur yang pekat.

P/S: Rindu Sabah. negeri yang betul ada semangat 1 Malaysia.

ADA APA DENGAN General Practitioner?


Apa itu General Practitioner atau mudahnya dipanggil GP. GP adalah doktor yang biasanya berkhidmat dalam setting komuniti. Kalau di Malaysia, doktor yang ada di klinik (sama ada swasta/kerajaan) itu kira GP la. Biasanya mereka merawat sakit-sakit yang minor dan kronik, dan merujuk pesakit ke hospital  untuk khidmat pakar/susulan. Mereka biasanya lebih all-rounder dan tidak berpengkhususan dalam mana-mana sub-kepakaran lain. Ramai yang berpendapat bahawa General Practice juga sebenarnya adalah suatu kepakaran.

Apa peranan GP (cerita aku di Australia)?

Peranan GP menurut Royal Australian College of General Practitioner.

·Is most likely the first point of contact in matters of personal health

Pesakit hanya terus ke hospital sekiranya dalam keadaaan kecemasan sahaja, ini dapat memberikan tenaga kerja di hospital memberi tumpuan kepada pesakit yang lebih memerlukan seterusnya mengurangkan bebanan kerja di hospital.



·Coordinates the care of patients and refers patients to other specialists

Selain itu, seorang GP biasanya menyelaras khidmat perubatan lain yang diperlukan rujukan kepada pakar (referral), physiotherapy, preskripsi untuk farmasi (doktor tidak dibenarkan menjual ubat di sini), psikologis dan pelbagai khidmat kesihatan yang lain.

·Cares for patients in a whole of person approach and in the context of their work, family and community

Dari pengalaman aku sepanjang 2 semester bersama pelbagai klinik dan doktor, pesakit bukan sahaja boleh bercerita mengenai hal sakit fizikal, tetapi mengenai apa jua masalah seperti tekanan tempat kerja, masalah keluarga bahkan masalah hal suami isteri (sexuality counselling diajar semester lalu, sungguhlah mencabar).  Oleh itu, GP bukan sahaja perlu mantap dalam ilmu perubatan, tetapi harus memiliki pengetahuan am yang luas untuk memahami keadaan pesakit yang berbeza-beza.


·Cares for patients of all ages, both sexes, children and adults across all disease categories
·Cares for patients over a period of their lifetime

Di kebanyakan negara maju, setiap orang mempunyai seorang doktor yang biasa merawat mereka dan biasanya memainkan peranan penting untuk menyelaras penjagaan kesihatan pesakit. Biasanya doktor ini lebih mengenali pesakit secara keseluruhannya, mereka inilah yang memberikan pandangan dan rawatan baik dari sekecil benda. Bagi aku secara peribadi, amatlah berguna dan penting jika tahap kesihatan pesakit dapat dipantau secara berterusan supaya langkah pencegahan umum dapat diambil bagi mengurangkan risiko penyakit bolehubah.  


·Provides advice and education on health care

Salah satu tugas profesion kedoktoran yang sangat penting adalah memberi penerangan kepada pesakit mengenai kesihatan mereka. Perlu diingat bahawa doktor tidak mempunyai hak untuk menentukan keputusan yang harus diambil oleh pesakit, sebaliknya perlu memberi pilihan & cadangan, memberi pendapat jika diminta dan menerangkan segala pilihan yang ada termasuk faedah dan risiko. Pada akhirnya, pesakit itu sendiri yang harus membuat keputusan yang tepat. Alhamdulilah, aku ditempatkan dengan seorang doktor yang sangat cakna dan tidak pernah gagal untuk memberi penerangan yang mudah difahami kepada pesakit.


· Performs legal processes such as certification of documents or provision of reports in relation to motor transport or work accidents


Terlalu banyak kertas kerja dan borang yang biasanya diisi. Baik pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen (umur 60 ke atas), sahkan sijil kematian, borang insurans dan pelbagai lagi.



Kenapa di Malaysia aku tak pernah tahu semua ni?

Salah satu sebabnya mungkin kerana kos. Klinik swasta biasanya mengenakan kadar yang jauh lebih mahal dari klinik kesihatan kerajaan. Namun, biasanya majikan terutamanya syarikat besar menyediakan khidmat klinik panel untuk pekerja, kos pula ditanggung oleh syarikat insurans yang dilantik. Jika tidak, pesakit biasanya membiayai kos klinik GP ini dengan wang sendiri. Di Australia, system insurans awam yang dipanggil Medicare menanggung kos rawatan dan ini lebih memberi setiap rakyat kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan doktor berdasarkan pilihan sendiri. Sistem kesihatan Malaysia secara dasarnya masih berteraskan subsidi, ini adalah kaedah yang praktikal dan realistic dengan scenario negara kita. Namun begitu, dalam jangkamasa panjang, kerajaan bakal menanggung kos pembiayaan sector kesihatan yang meningkat dengan pertambahan populasi.

‘Are you going to specialize in anything or just being a GP?”


Soalan yang sering ditanya oleh pesakit kepada aku sementara menunggu doktor menaip nota. Secara jujurnya, aku belum mahu membuat apa-apa andaian atau keputusan. Apa yang boleh aku katakan, aku mempunyai minat dalam bidang psikiatrik dan kesihatan mental. Pada aku, apa yang menarik perhatian aku mengenai bidang general practice adalah keseimbangan antara kerja dan kehidupan, waktu kerja yang fleksibel dan tidak terlalu menekan, di samping sifat aku sendiri yang kurang gemar pada rutin yang sama setiap masa. Seorang GP juga boleh mendaftar program latihan diploma pasca siswazah untuk kepakaran tertentu misalnya Diploma in Obstetric & Gynaecology,Graduate Diploma of Mental Health untuk melengkapkan diri mereka dalam bidang yang diminati. 

In medicine,learning is a never-ending process. 
abcs